Prunes Buttercake

 








https://youtu.be/MuKfZ86zxnA


Prunes  Buttercake


Bahan-bahan :


1) Loyang bersaiz 8"


2) Prune jenama Sunsweet ( 200 gram )


3) Gula - 160 gram


4) Butter - 250 gram


5) Tepung gandum - 230 gram


6) Esen Vanilla - 1 sk


7) 1 tsp - baking powder


8) Telur - 5 biji



9) Susu sejat / susu segar - 150ml ( saya guna susu sejat ) 

10) 1 sudu lemon

11) 1/4 cawan Yogurt


Cara-cara membuat :


1) Pukul butter bersama gula sehingga butter bertukar menjadi warna agak pucat. Kemudian masukkan telur satu per satu.


2) Kisar prune bersama susu sejat menggunakan blender. Jangan kisar terlalu halus. Selepas itu, boleh masukkan adunan prune bersama susu sejat ke dalam adunan butter. Pukul lagi sehingga sebati. 


3) Masukkan tepung yang sudah diayak bersama dengan serbuk baking powder. Kaup balik kan adunan sehingga benar-benar sebati.


4) Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Lapik loyang dengan menggunakan kertas lapik kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Adunan memang kental sedikit, jadi perlu dihentak-hentakkan sehingga semua rata. Boleh hiaskan permukaan kek dengan buah prune yang dihiris 3. 

5) Masuk kek ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam  ataupun sehingga masak.

Comments

Popular posts from this blog

Puding Roti Sos Kastard berbentuk Tembikai

Chicken Chop with Black Pepper Sauce

Rendang Ayam