Puding Roti Sos Kastard berbentuk Tembikai
Resepi Puding Roti Sos Kastard yang berupa buah tembikai,
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu full cream/susu cair
1 /2 cawan susu pekat manis
2 biji telur
Sedikit gula
1 sudu besar butter/marjerin/planta
1 sudu teh esen vanilla
7 – 8 keping roti gardenia
1 paket Agar2 bertali
Cara membuatnya:
Masukkan 1 1/2 cawan susu full cream/susu cair dalam bekas
Tambah 1 biji telur
Susu pekat manis,
Masukkan 1 sudu besar butter/marjerin/planta
Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
Carik, potong 7-8 keping roti Gardenia dan susun ke dalam loyang
Blend kesemua bahan,
Masak agar2 hingga hancur,
Masukkan kesemua bahan yang di blend tadi
Kemudian masak hingga mendidih,
Sediakan loyang bulat
Masukkan agar2 yang di masak tadi
Titiskan pewarna merah kat bahagian tengah agar2 , kemudian loretkan membulat separuh bulatan dgn pewarna merah,
Kemudian sejuk & bekukan dlm peti ais,
Setelah beku , keluarkan adunan dlm loyang bulat tadi ,
Sediakan pewarna hijau sapu di bahagian tepi dgn pewarna hijau
Bekukan sekejap
Hiaskan dengan coklat chip pd bahagian atas untuk nampak mcm biji tembikai,
Simple dan menarik,
Resepi ni dari idea saya sendiri,
Selamat mencuba ya😉
Cara buat sos kastard
1 tin susu cair
2-3 gelas air
Gula secukup rasa
1 sudu Esen vanilla
3-4 sudu tepung kastard
Masak hingga pekat & mendidih
Jangan masak api besar takut hangus.
Sejukkan dlm freezer makan dgn puding tadi sedap yum yummy,
Comments
Post a Comment