Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (pulut kukus):
2 cawan beras pulut
2 cawan/ 250 ml santan cair
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan
Sedikit minyak (untuk gris Loyang)
Bahan-bahan untuk lapisan atas (A):
8 - 10 helai daun pandan
1/2 sudu kecil jintan manis
3/4 cawan air
blender hasilkan 1/2 cawan pati pandan
Bahan-bahan untuk lapisan atas (B):
1 ½ cawan/ 190 ml santan pekat
1 cawan/ 200g gula putih
1/2 cawan/ 60g tepung gandum
5 biji telur size A
1/2 cawan/ 62 ml pati pandan (Bahan A)
1 sudu kecil garam
setitik dua pewarna hijau
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan bawah (pulut kukus):
Rendam pulut lebih kurang 2 jam, kemudian tapis airnya.
Masuk pulut ke dalam bekas, gaul bersama santan, gula garam dan daun pandan.
Kukus selama ½ jam atau sehingga pulut masak. Setelah masak, gembur-gerburkan sedikit dengan garpu.
Gris loyang dengan minyak. Lapik dengan kertas baking.
Boleh juga kalau nak guna plastic.
Tuang pulut kukus, tekan-tekan supaya rapat.
Cara-cara untuk kuih seri muka:
Kisar semua bahan (A) dan kemudian tapis.
Kisar sehingga halus kesemua bahan (B) bersama ½ cawan bahan kisar (A).
Cakar sedikit permukaan pulut dengan garfu, tujuan supaya melekat bila kukus nanti.
Tuang bahan kisar lapisan hijau.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, kalau lidi licin je maksudnya dah masak
Sejukkan kuih Seri Muka
Setelah sejuk, bolehlah di potong ikut kreativiti masing-masing,
Selamat mencuba
Comments
Post a Comment