Kek Batik Indulgence
🌹Assalamualaikum🌹
Selamat pagi & Happy Weekend
Alhamdulillah dessert untuk family hari ni
KEK BATIK INDULGENCE
CARA BUAT KEK BATIK INDULGENCE
BAHAN KEK BATIK (LOYANG SAIZ 6 INCI):
125gm mentega – boleh ganti dengan marjerin
100gm milo
90gm susu pekat manis
1/2 cawan susu cair dalam tin
2 sudu makan serbuk koko
Esen vanilla secukupnya
150gm biskut Marie – boleh guna perisa coklat atau biasa
Tambahan 150ml sudu perisa coklat untuk kek batik versi lembut
CARA MEMASAK:
1. Pertama sekali, sediakan asas kek batik terlebih dahulu. Panaskan mentega dalam kuali / periuk. Lagi senang guna Non Stick Pan.
2. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Ada penambahan disitu, rahsia untuk boost flavour dengan meletakkan secubit garam dan sedikit serbuk Coffee / Nescaffe. Tambahan susu perisa coklat jika mahu buat kek batik versi lembut.
3. Masukkan Vanilla Flavour @ esen vanilla.
4. Akhir sekali masukkan Biskut Marrie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
5. Lapik loyang ‘loose base’ ( tapak boleh buka) dengan baking paper. Masa tengah panas ni, tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam. / semalaman,
Comments
Post a Comment