Ikan Siakap Bakar Berempah bersama Pencicah Air Asam
Bahan-bahan:
1 / 2 ekor ikan siakap sederhana besar-dibersihkan
1 helai daun kunyit-hiris halus
2 helai daun limau purut-hiris halus
Bahan-bahan dikisar bersama:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-hiris
Beberapa helai daun kesum
3 kelopak bunga kantan-hiris halus
1 sdm cili giling-nak pedas ganti dengan cili padi
1 sudu rempah kari ikan
3 sdm air asam jawa
1 sdb kicap pekat
Sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Gula,garam secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa,
Cara-cara:
1.Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau dan kacau pecah minyak.Tutupkan api.
2.Sementara itu,sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil (boleh juga dibalut dengan daun pisang untuk bau lebih harum).Tuangkan kesemua perencah tadi diatasnya.Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut kemas.
Perapkan sebentar selama 15 minit.
3.Kemudian bakar ikan sehingga masak.Saya bakar selama 30 minit dengan suhu 200 darjah celcius.
Kemudian bukakan pembalut dan tambah lagi masa selama 15 minit supaya kering sedikit.
4.Semasa menghidang,perahkan ikan dengan sedikit jus limau kasturi....
Bahan Air Asam;
Air asam jawa
Cili padi merah/ cili padi hijau
Sedikit belacan
Bawang merah/ bwg besar
1/2 biji Buah tomato
Air perahan Buah limau kasturi
Sedikit garam & gula
Comments
Post a Comment