Gulai Tulang Rusuk Kawah
(Resepi Gulai tulang rusuk kawah)
Bahan-bahannya:
500 g tulang rusuk lembu
250 g daging lembu pejal
2 biji kentang (ikut selera)
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar rempah gulai daging kawah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
4 biji bunga cengkih
6 biji buah pelaga
1 cawan asam jawa
1 kotak santan ditambah air 1 cawan (ikut kepekatan santan)
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
1 sudu kecil garam kasar
1/2 sudu kecil serbuk perasa
Kisar halus untuk bahan-bahan ini:
3ulas bawang merah,
2 ulas putih,
1 biji bawang besar dan halia.
Kemudian masukkan rempah gulai daging ke dalam bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga sebati. Sediakan juga tulang rusuk dan daging yang sudah dibersihkan.
Potong bahan-bahan untuk ditumis iaitu 1 biji bawang merah dan biji bawang putih.Bersihkan kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan daun kari sebelum menumis.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dipotong tadi sehingga naik bau dan sedikit
Masukkan rempah yang telah disebatikan ke dalam bahan-bahan yang dikisar tadi. Biarkan sehingga rempah masak dan naik minyak.
Masukkan tulang rusuk dan gaul sebati.Biarkan sehingga empuk,tambahkan air sehingga ia lembut dan lekang dari tulang.Sementara itu,masukkan daun pandan untuk bau yang harum.
Setelah tulang rusuk tadi sudah lembut,masukkan daging dan kentang.Gaulkan.Kemudian masukkan air asam jawa dan kerisik.
Masukkan santan dan gaulkan.Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit perasa.
Sedia untuk dimakan.
Comments
Post a Comment