Bingkai Roti
Resepi Bingkai Roti
Bahan-bahannya:
Setengah bungkus roti
1 kotak besar santan atau /2 kotak kecik santan
3 biji telur
2 sudu besar mentega
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen vanilla
Cara- caraNya:
Bahagia 2 bahagian santan
Separuh santan masukkan ke dalam adunan roti & separuh lagi masukkan ke dalam blender.
Rendam santan dengan roti beberapa minit,
Ketepikan sekejap.
Masukkan sedikit baki santan ke dalam blender,
Masukkan 3 biji telur.
Masukkan 2 sudu besar mentega.
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
Kisar semua adunan hingga sebati,
Kemudian tuangkan adunan yang di kisar tadi ke dalam adunan roti, kacau rata hingga sebati.
Sediakan loyang , alas dengan baking paper, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi,
Panaskan oven
Bakar suhu 170 c
Bakar 45- 1 jam
Selamat mencuba
Kredit : Puteri Zara Zia Izzara
Comments
Post a Comment