Ayam Bakar Madu
Bahan-Bahan Ayam Bakar Madu:
600gm ayam ( ± 8 ketul ayam )
2 sudu besar mentega
¼ cawan sos cili
Sedikit pewarna merah
¼ cawan sos tomato
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula perang
½ sudu besar garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih yang di tumbuk
Sedikit minyak masak
Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Bakar Madu:
Panaskan kuali masukkan mentega, sos cili, sos tomato, sos tiram, madu, gula perang, garam, serbuk cili, lada hitam serta bawang putih dan masak semua bahan sekejap.
Campurkan bahan yang di masak tadi ke dalam ayam dan gaul sehingga sebati.
Perap ayam lebih kurang 1 jam atau boleh perap ayam lebih lama untuk lebih sedap.
Susun ayam di dalam bekas atau loyang yang bersesuaian dan tuangkan sedikit minyak masak ke atas ayam.
Bakar atau goreng hingga masak & garing ,
Selamat mencuba😊😉
Comments
Post a Comment